Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for global professionals · Monday, May 12, 2025 · 811,886,671 Articles · 3+ Million Readers

Bitget Umumkan Perkongsian Strategik dengan SWEAT untuk Meningkatkan Ekonomi Pergerakan dalam Web3

/EIN News/ -- DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, May 12, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan perkongsian strategiknya dengan SWEAT, ekosistem ekonomi pergerakan perintis, yang mengurangkan halangan kemasukan untuk audiens Web2 sambil menghubungkan mereka dengan lancar ke Web3. Gabungan tersebut diumumkan di Dubai Esports Festival 2025 (DEF), yang membolehkan peserta merasai sendiri masa depan secara langsung melalui aktiviti interaktif yang mengubah aktiviti fizikal menjadi ganjaran kripto.

Dari Lapangan Terbang Dubai ke Jalan Sheikh Zayed, papan iklan yang paling menonjol di bandar ini kini membawa mesej yang hebat: Walk into Crypto—Step. Sweat. Score. (Berjalan ke dalam Kripto —Langkah. Peluh. Skor.). "Kami menukar aktiviti fizikal kepada pemerkasaan kewangan," kata Oleg Fomenko, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif SWEAT. "Ini adalah tentang memberikan ganjaran kepada tingkah laku manusia yang paling semula jadi, pergerakan, dengan pemilikan digital."

Ketua Pegawai Operasi Bitget, Vugar Usi Zade, menambah, "Menghubungkan Web2 dan Web3 sentiasa menjadi misi kami, dan apakah cara yang lebih baik daripada melalui sesuatu yang universal seperti pergerakan? Perkongsian ini menjadikan kripto lebih mudah diakses melalui cara yang paling manusiawi—melalui pergerakan semula jadi yang kita lakukan setiap hari," katanya.

Kerjasama itu memperkenalkan inovasi termaju, termasuk jurulatih pergerakan AI SWEAT, Mia dan keupayaan dompet berbilang rantaian yang diperluaskan. Pada masa yang sama, bagi Bitget, perkongsian ini mewakili satu lagi langkah strategik dalam visinya untuk menghubungkan ekonomi digital tradisional dan terdesentralisasi dengan lancar. "Kami sedang membina jambatan, bukan tembok," tegas Vugar. "Dengan mendekati pengguna di tempat mereka berada pada ketika ini, dalam situasi ini, melalui pergerakan harian mereka, kami mencipta laluan yang paling semula jadi ke Web3. Sama ada anda peminat kecergasan atau baru ingin mengenali dunia kripto, perkongsian ini memudahkan peralihan dan menjadikannya lebih bermanfaat."

Ini bukan sekadar satu lagi kerjasama industri—ia adalah gerakan gabungan kecergasan dan kewangan yang mentakrifkan semula cara orang berinteraksi dengan aset digital. SWEAT dan Bitget sedang mencipta bab baharu dalam penerimaan arus perdana kripto dengan mengubah aktiviti rutin menjadi peluang kewangan. Ketika langit Dubai dihiasi dengan papan iklan SWEAT x Bitget, satu perkara menjadi jelas: Masa depan Web3 bukanlah sekadar duduk dan melihat carta. Kadangkala, anda perlu bergerak untuk membuktikannya.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Dahulunya dikenali sebagai BitKeep, Bitget Wallet ialah dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp serta banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Perihal SWEAT

SWEAT merupakan platform Web3 yang menggalakkan aktiviti fizikal dengan memberikan ganjaran kepada pengguna yang melakukan pergerakan. Ia menggunakan $SWEAT, token yang diperoleh melalui setiap langkah, untuk menukar pergerakan menjadi nilai yang boleh digunakan, dikembangkan, didagangkan dan dibelanjakan dalam Ekonomi Pergerakan. Token disimpan dalam SWEAT Wallet, sebuah aplikasi mudah alih dengan 20+ juta muat turun dan lebih 3 juta pengguna aktif bulanan. Dengan memuat turun SWEAT Wallet secara percuma, pengguna di seluruh dunia boleh mula memperoleh $SWEAT dan menyertai Pergerakan Ekonomi, yang setiap langkah adalah penting.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e37dd931-a554-44f4-a1e6-35fb8a75835d

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c91c386f-00b7-4219-9ff7-d9aa4e90def2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d44445dc-c37e-4e45-9984-adc3d21e757f


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Companies ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release